journey wit ?
Thursday, December 30, 2004
dah lama aku tak updet...nipun updet sbb aku ada lab ptg nih...alahai malas lah nak g cc tuh...asyik down jerk... well,nak updet pun no big story ... nak citer psl tsunami pun tak brape nak sgt sbb sedih la mender nih tp aku rasa bagus juga...at least PESTA PULAU PINANG tu stop and no SAMBUTAN GEMPAK for dis new year! ok jugak kan...takderlah banyak sgt maksiat halal berlaku...hehe~(doa banyak2 agar sempat bertaubat)
actually risau gak aku masa tuh,ngan ramai member dok area utara nun...ish ish :p
Zura ajak g ALAMANDA sabtu nih,aiseh..aku skang ni mmg dah tak minat nak merayap...memacam hal la skang...prob timpa2...so sorry my fren,aku ingat aku nak dok kolej jer..malas nak kuar.apalagi nak pegi jauh2 mcm tuh. (",) dok ngadap dinding pun syok gak...hihihi~uikss...sejuknyer...hujan lebat kat luar tuh,nasib baik tak basuh kain...perut lapa tp takleh watpa lah sbb kafe dah tutup nak balik kolej pun takleh...hmmm~
jeng jeng jeng naper jadi mcm ni ek?tak bersyukur ke?tak tahu berterima kasih?andaian mudah dibuat namun akal tu letak kat mana ek?uhukss...kenapa dan mengapa?assume ppl dgn mudah bukan cara org yg beriman...
tp akal jahat ni mmg lah biasa mcm tuh,kita akan menilai org tanpa sedar kita juga seperti mereka...aku juga begitu,kau jugak mcm tu kan...hehe~buka dada,muhasabah sendiri yer kawan-kawan`
mendapat seseorang yg kontras dr kita juga satu kelebihan kerna itu ujian utk menilai kekuatan iman yg ada pada kita...pernah dengar seorang ustaz berkahwin dgn bekas GRO?itu ujian padanya kerna Allah tahu dia mampu membantu insan itu ke jalan yg benar...hoho~celoteh alam dewasa ek az...bukannya apa topik pasangan hidup yg setaraf ngan kita ni mmg menarik perhatian aku~almaklum umur pun dah nak masuk 20 pokok pangkal jodoh dan takdir cuma kita mampu doa agar diberikan hidayah yg berterusan dari Nya.
isn't it rite,my bro?
hitam putih
5:46 PM
Friday, December 24, 2004
woho.....kwn aku kata aku lain...lain mcm mana?moody jer pastu 'stone'...ahakss,adalah tu beb.Allah dah nak panggil balik kot huhu~hari ini aku sedar satu benda,aiseh sedih lah citer nih tp aku kena pastikan menda nih kalau tak aku yg berdosa..aku ni mmg cepat assume per yg aku consider,aku ni susah nak caya apa org ckp sbb aku lebih caya apa yg aku pk!ada angin lak tu bak kata org 'headwind'....
so aznee,u better pk n bincang..slow talk n luahkan!!!naper org takleh sayang n hargai kita sebagaimana kita sayang dan hargai dia?
naper kwn kita sanggup tikam kita?naper org yg kita dah anggap 'soulmate' main2kan kita?naper abg aku yg sorang tu tak nak tegur aku lagi??~ni yg paling wat aku sedih... :(
lalalalala~smalam aku tak study sbb aku nengok citer 6th day, yg arnold blakon psl citer klon...sedap gak.naper aku x study?erkk...
ntah arr room mate aku lain mcm jer...aku plak kalau dok dlm bilik mesti mel la lak (sumbang suara) hehehe...so aku x nak merosakkan keadaan sbb tu blah la cepat2...pepham lah pplneed privacy....
jeng jeng jeng...skang ni aku amik polimer.....wohoo asal cita2 aku nk jadi loyar tp aku apply Allah tak izinkan,Dia kasik aku polimer...
padahal aku mmg dah tawar jiwa kat sains nih...aku just minta Bio BUT
dpt gak benda alah isk isk isk....mak aku kata pilih yg terbaik tp aku rasa Tuhan ada perancangan-Nya sendiri bukan...pasti ada sebab,dua kali aku mohon still dpt bdang sains...
I WILL SURVIVE!!
hitam putih
2:22 PM
Thursday, December 23, 2004
budak2 kalau main kotak nampak cute tp kalau org tua?erm...bukan nak citer kotak tp skang nih aku dok pk apa syoknyer main 'kotak'?ahakss...mesti korang pk apa'kotak' tu .... kotak itu sifatnya bersegi so naper kita suka libatkan diri ngan hidup yg berkotak2?especially love lah..
dlm 2-3 hari nih,keadaan membuatkan aku dok pk mender ni..alahai,hidup ini banyak warna,bentuk dan cerita.kadangkala apa yg kita fikir itu terbaik buat kita namun keadaan membuatkan kita tersedar "hidup kita dah jadi kotak...(bersegi)" sukar utk kita faham namun pegang pada tali Allah,insya-Allah bantuan kecemasan akan dihantar!!tersepit antara dosa dan kehendak...almaklum manusia mempunyai naluri untuk sayang menyayangi namun pilihan kita seeloknya orang yg mampu membantu kita mengurangkan dosa bukan menambah bala....
aku ingin menegur namun apa dayaku?kawan...sakitkah hatinya andai teguran itu disampaikan?
terimakah dia?kedua-duanya kawanku...hmmm~aku sedar aku juga lemah,masih melakukan kesilapan ...ish ish susah juga hidup ni kan?
pagi td kaki aku tersepit besi kerusi...addoi bengkak jari kaki tp aku sedar itu balasan aku terlepas solat Subuh pagi tadi.
PADAN MUKA AKU!!! nak solat Zuhur susah sikit sbb bila nak duduk tu jari aku takleh bengkok... :( semua yang berlaku pasti ada sebab kan...alhamdulillah aku sudah belajar menerima setiap kejadian...jalani kehidupan itu dengan cara yg lebih baik....dah tak mahu leka lagi....
pada seseorang itu....ingat tak kesilapan yg pernah kita lakukan dulu?aduh...Allah terima taubat kita kan.... :) Insya-Allah
hitam putih
4:01 PM
Tuesday, December 21, 2004
tahniah sabar...
krn ko aku masih bertahan..
sabar amat memahami situasi kali ini...
sudah lama aku pendam dan hampir aku lepaskan...
namun sabar ttp berada di situ menahan tindakan aku...
katanya ...
'jika ko benar2 ikhlas dlm apa jua yg ko lakukan...doakan saja kesejahteraannya'
ermm...tepat katamu sabar....
nasib ada kau,kalau tak mesti satu pertalian sudah putus....
tapi biar aku cerita kat ko kenape aku marah,boleh kan sabar?
----- aku tak faham ngan sikap saudara aku ni.....
----- dia seperti tidak mahu bersaudara dgnku lagi...
----- mengelak utk berbicara,bersua juga tak pernah diutara....
----- tp bukan dgn org lain...
----- cemburu gak aku tp....
----- ingin juga aku luahkan padanya...
----- tp hari ini kau dtg dan menasihati aku...
alhamdulillah,Allah jauhkan aku bertindak melulu dan memutuskan silaturrahim....kalau tak mesti aku dah berdosa kan?kaulah penyelamat aku sabar.....syukran jazilan.Mulai hari ini aku akan bersahabat baik dgn kau, aku janji akan belajar untuk menjadi kau.
TERIMA KASIH SABAR!!!
|
|
hitam putih
1:26 PM
Sunday, December 19, 2004

Hilangkan parut luka.
Ambil sebiji ubi kentang dan kukus dan apabila sudah masak, lumatkan hingga halus dan tempelkan pada parut tersebut. Biarkan hingga kering dan bekas parut itu akan hilang dengan sendirinya. Amalkan sehingga kesan parut hilang.
itu untuk parut luka yg nampak,kalau yg tak nampak?ermm....aznee dah sakitkan hati seseorang yg paling dia hormati selepas keluarganya hari ini.Baru 2 minit tadi aznee melakukan kesilapan itu lagi.perangai aznee yg tak pandai sorok apa yg dia fikir memakan jwanya sendiri hari ini.Pasti selepas ini aznee akan mengalami kemurungan dan kesenyapan yg sukar utk kawan-kawannya tafsirkan.Jika seseorang itu terus mengambil sikap berdiam diri dan memerli aznee,maka tidak hairan aznee aka mengalami kesedihan.Sudah beberapa kali aznee tersilap kata dan cara hingga seseorang itu terasa hati...kadangkala buat aznee terfikir adakah aznee ini layak utk menjadi kawan atau sahabat atau sekadar penyibuk yg menyesakkan hidup seseorang itu?
Dia terlalu baik untuk aznee sakitkan hati tp terlajak taip mmg buruk padahnya.Sesungguhnya aznee benar-benar minta maaf atas keterlanjuran fikiran aznee tu.Tak sanggup rasanya aznee nak menerima sindiran dr seseorang itu....
Andai anda membaca apa yg aznee tulis ni...aznee betul-betul minta maaf.Aznee tak sengaja nak buat begitu,walapun anda mengatakan anda tak marah tp aznee tahu anda terasa...sekian kali,
~MAAFKAN AZNEE~
hitam putih
2:30 PM
Saturday, December 18, 2004
rasa cam bengang paler 2 ari lepas...seyes aku bengang,hey girl!no mean to 'kebas' ur pakwe lar...aku borak pun style 'lu' 'gua',leh bajet nak ngurat ker?ni la sakit MiRC,konpem ada yg beserk!! shoot sedap jer,nasib baik aku dah smayang kalau x mesti tak khusyuk... hishhh~ kalau dah nama 'aznee' mmg 'aznee' gak arr! aku shoot arr balik,kenal ker tak,aku geram!!seyes pakwe(acoi) dia tak tau (kes awek curik baca msg)...haa kau!!aku tibai dua2...ELEH aku x eran arr, BUSYUK aku lg hensem,more younger than him lorr! seyes shit...td acoi call :
"az mcm dah tak nak borak ngan gua jer"
"uikss,mana ada.az ok jer"
"seyes..gua tau salah gua"
"seyes..az x marah(bajet suci!)"
"ok arr...sori.acoi tau az marah"
"ok.bye"(tau pung!!)
bila aku pk balik,biasa arr tuh.pempuan,cemburu itu normal.wawawa~
yg penting aku clear....seyes clear!!padan muka lu,acoi!gua bengang sbb gua boh..nasib arr grrrrr
hitam putih
4:17 PM
LeLaKi
1.lelaki bujang kna tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
2.lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri,dosa isteri,dosa anak
perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.
BERATKAN !
3.Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab keatas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, menakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya.Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.BERATKAN !
4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak di bayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut.
Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan.Begitulah kira-kiranya.
WaNiTa
1. - wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
2. - wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
3. - wanita saksinya kurang berbanding lelaki.
4. - wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.
5. - wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6. - wanita wajib taat kpd suaminya tetapi suami tak perlu taat pd isterinya (taat kepada ibunya).
7. - talak terletak di tgn suami dan bukan isteri.
8. - wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah- sepah bukan? itulah bandingannya dgn seorg wanita. Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada
suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusahpayah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil.Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap
4 wanita ini:
Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu
Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat shj:
Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.
Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH... sayangnya ALLAH pada wanita .... kan?
hitam putih
3:53 PM
Thursday, December 16, 2004
hahahaha...sajer letak nama...hmmm dah lama x updet,bukan bz tp x sihat uhuk uhuk ceewahss ni pun selsema tak ok lagik nak letak pic tp besar sgt so aku boh dlm frenster hmmm nak tengok sgt muka aku kan hahahaha~ ok arr dah malam perut pung lapo sungguh ni...babai :D
jalan-jalan cari makan!!!
hitam putih
6:39 PM
Friday, December 10, 2004
DiaLoG CiNta MoDeN
L:Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim
hatiku di bahagi isipadu jantungku.
Masihkah kau tidak membuat sebarang
anggapan??
P : Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada
kekasih baru untuk menjalankan tindak balas penggantian ke atas
diriku.
L : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis
lurus hatiku ini, kerana aku
dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian.
P : Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar
songsang dengan kesetiaan yg
kuberikan.
L : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar!
P : Aku masih belum mengerti lagi kerana
penyelesaian yang kau berikan
masih lagi belum sahih.
L : Tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga
di mana tindak balas cintaku
bersamaan dengan cinta yg kau berikan.
P : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui
bahawa kau adalah 'random' yg
mempunyai janji-janji manis yg bergerak secara
rawak.
L : Itu adalah fitnah yg telah tersebar melaui
proses pencaran dan perolakan.
P : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh
perkahwinan kita mengalami
rintangan?
L : Aku harus menggunakan perintang boleh laras
untuk mengurangkan rintangan itu.
P: Adakah kita akan berpadu secara kimia?
L: Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya
nanti dapat dilihat dengan menggunakan
mikroskop cahaya.
P : Aku khuatir kau akan bertemu dengan yg lebih
aktif dan bertindak balas dengannya.
L: Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi
dan haruslah menggunakanhukum-hukum
penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya.
P: Tapi, aku telah memberi cintaku dalam
magnitud dan arahnya sekali. Masihkah kau tidak
percaye?
L: Ya, aku percaye. Tetapi aku mahu semua itu
dalam bentuk lazim.
P: Itu semua boleh diabaikan, yang aku mahu
ialah tempoh perkahwinan kita harus mengalami
pecutan yg seragam.
L: Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 dari
iman.
P: Tapi, imanku adalah infiniti!
L: Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana kau
blum mendarabkannya dengan 6x10'23.
P: Kau membuat kemarahanku meruap-ruap.
Nantibila tekanan ku melebihi tekanan udara, kau
jugakk yg susah kerana aku akan mengalami
hemolisis.
L: Aku sekarang bukan aku yg dulu lagi, aku
telah mengalami plasmolis.
P: Kau betul-tul menyakitkan hatiku ini. Ku
sangkakan kau intan, tetapi
rupa-rupanya kau grafit. Pergi kau dari sini.
Biarkan aku sendirian.......
cannot imagine kalau aku dok berbalas msg ayat ginih,better not choose bf from science stream ahaksss!!!!opss,ukan ker az?adess... just joking arr :p
hitam putih
6:15 PM
Thursday, December 09, 2004
lama sungguh x updet blog ni haa kan...miss me? wawawa~no story of da moment laa,hidup aku nih bukannya best sesangat nak publish...nnt takut kowang boring plak. takper arr aku kasik kowang baca nih...hayati lah yerk!!!
Makanan dan Hikmahnya dalam Islam Sumber: Association of Malaysian Students at University of Southern California
Roti (khubz)
Roti yg paling bagus ialah diperbuat drpd gandum yang baik dimasak dlm pembakar roti yg bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda
"Jangan potong roti dengan pisau. hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu".
Barli (sya'ir)
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.
Selasih (manis rayhan)
Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.
Bunga kubis (qunnabit)
Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan. dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.
Biji hitam (habb al sauda)
Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda
"Jadilah seperti biji habb al sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati". Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa "ia" itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat 'leukoderma' dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.
Ayam (dajaj)
Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.
Kulit kayu manis (darchini)
Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia. Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj) Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda,
"Limau ini adalah seperti mukmin: bagus dirasa dan bagus dihidu". Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.
Tamar kering (tamr)
Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan". Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.
Telur (baydah)
Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak atau ?masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.
banyak lagi tp takper arr yerk aku pun dah malas nak edit hahahahaha~
duit ptptn aku biler nak masuk??!!grrrr!!!!!
hitam putih
3:08 PM
Monday, December 06, 2004
dis two indo songs keep playing in my mind hehehe.... Zura pernah ckp kat aku
'ko mmg suker band indo ek? sumer lagu indo ko bantai'
'wawawa...nak wat guane?dah mmg habit ceeewahss'
hmm...mmg kalau nak diikutkan aku more on indo than malaysian band,only KRU yg aku toi2 respek .... Flop Poppy also tp skang nih BAU rox!!!! dis month aku akan buy their album as aku br preview kat TOWER smalam [can't wait da money!]
Caffeine
Hidupku Kan Damaikan Hatimu
Berjalan di tepi pantai
Tertiup angin berhembus
Sejukkan hati damaikan diri
Melihat biru
Bersama t'lah dilewati
Bersama t'lah dijalani
Aku di sini kan bersamamu
T'lah ikat janji
Hidupku kan damaikan hatimu
Dirikukan s'lalu menjagamu
Izinkan ku s'lalu bersamamu
Kasihku padamu
T'lah kuberikan semuanya
T'lah kurasakan bersama
Sampai terhenti nafasku ini
Hanyalah untukmu
Element
Bukan Orang Suci
Mestinya kau mengerti
Saat pertama kali
Kala kau peluk diriku
Jangan pernah biarkan
Diri terhanyut nafsu
Aku bukan orang suci
Bukalah matamu
Berpaling dari diriku
Benamkan semua mimpi-mimpimu
Jujur pada hati
Masih banyak cinta menanti
Jangan kau harapkan aku
Lupakan semua rayu
Jangan kagumi aku
Karna ku tak cinta kamu
Mohon kau tinggalkan aku
Tak usah kau harap lagi
Karna cinta untuk mu palsu
Lalala lala lalala lalaLalala lala lalala lala
Usah lagi sesali
Anggap tak pernah terjadi
Saat kau lepas diriku
Pernahkah kau sadari
Aku tak pernah berjanji
Untuk setia padamu
Bukalah matamu
Berpaling dari diriku
Benamkan semua mimpi-mimpimu
Jujurlah pada hati
Masih banyak cinta menanti
Jangan kau harapkan aku
hohoho...me on rocks,oldies and da music yg cam old skool gituh!!did i mention someone named Broery Marantika? jgn terperanjat ;) everybody have their own choices,rite?
remember wat my ma said masa aku form 3,just in front the music store...
[ko biar betul long nak beli The Beatles?]
wats wrong wit that???!!!
hitam putih
2:35 PM
Sunday, December 05, 2004
waaa...aku dah type cantik tetiber blank!!!woi,server cam cipan malas aku nak citer balik
grrrrr!!
meeting
cupid at KL sentral then to KLCC...we meet dis gurl wit tudung purple,hehehe...ngarut at fud court bout 1 hour then pisah mengikut plan individu memasing!!nice girl,nice smile but seme malu hahaha~cam x biasa but insya Allah kita pasti jumpa lagi :D maybe dis week aku akan scan da pics ala x banyak ada 2 keping jer ... wei
ain,ajak arr si
mozou ker
abg adeeb ker bawak ko g shah alam melawat fakulti hihihi~opss lupa,si
fuzah, ada skali wit her frens (",)
balik naik bas pakcik yg cambest gituh!suker aku hihihi~sbenar aku mmg rindu kat pakcik nih sbb dia klaka abih,suker dengki pastu love to karaoke!!hahaha~comel siot :D
adess...nak naik bilik,mandi n tido!ohohoho...9.30 ada smallville hope leh bangun kikiki
'sahabat itu amat berharga...kerna ia cermin kita,refleksi wajah dan gerak laku bicaranya mampu mencerminkan siapa kita andai kita tersilap tafsir atau belum mampu menilai siapa sahabat kita....'
(bantuan yang Maha Esa amat diperlukan......)
peace on earth!!
hitam putih
7:05 PM
Saturday, December 04, 2004
really dun want to put any sound in dis blog but mlm td tetiber aku terpk nak put it siap ngan video hehehe so enjoy it!! dis is my fave song by my fave group~influenced me a lot!! ::matchbox rules::
smalam jumpa si alsviera so ngumpat session started!!hahaha biasak arr tuh~hope she can join me tomorrow meeting si'et n cupid ..dun worry insya 'Allah i'll meet u there,ain!

did i told u bout my trip to perak?hehehe...meybe next time.hmmm~joker send me sms wahhhhh!!terkezut kambing siot almaklum impossible toi dpt sms dr abg ku yg sorang nih hehehe~
hey acoi ....mana sate?
hitam putih
3:06 PM
Thursday, December 02, 2004
at first mmg aku nah boh lelagu kat dlm blog nih but ntah caner aku mls w'pun kazen aku dah paksarela nak watkan...oldies plak tuh!not in mood kot,maybe next time.den ma kazen dok suh aku letak lagu nih...wei mangkuk toi mamat nih saja nak wat aku bengeng....tp after aku dengar+hayati lirik n maksud lagu nih...wawawawa nice sajork siot!!! lirik dia meaningful habis xpecially part aku 'red'kan tuh...not bcos cik SITI tau but penulis lirik dia,ahli kump Jikustik....mcm kat blog Mr One tuh nice kan dat song ;)ni kira adik-beradik laa wakaka...actually i'm not in gud mood rite now...terkeciwa ngan sumbody tat i adore...dia mmg nice but now?really different why?!!!!not fren anymore ka??
SEINDAH BIASA
Lagu & Lirik :Pongky Jikustik
Jalan pernah takut ku tinggalkan
Saat bintang tak mampu lagi berdendang
Saat malam menjadi terlalu dingin
Hingga pagi tak seindah biasanya
Takkan mungkin kita bertahan
Hidup dalam bersendirian
Panas terit hujan badai
Kita lalui bersama
Saat hilang arah tujuan
Kau tahu ke mana berjalan
Meski terang meski gelap
Kita lalui bersama
Ku tak bisa merubah yang telah terjadi
Tapi aku akan menjanjikan yang terbaik
Agar kita tak pernah menjadi jadi
Meski beza dermaga untuk kita berlabuh
Pernah kita jatuh
Mencuba berdiri
Menahan saki dan menangis
Tapi erti hidup lebih dari itu
Dan kita mencuba melawan
just called Mr Khayziel..asking him for joining me dis sunday..hope he can join us there wit Si'et!!waa...pepandai jerk ko kata eden miss si agus tuh ek ain,tp mmg pun hehehe...next time jer arr aku call dia...malas nak kacau org nih!mood ooo mood mana ko g?
argh!!!!!!!
hitam putih
1:13 PM